Sunday 9 March 2014

KENALI PENYAKIT BUASIR

BUASIR ...BUASIR ...BUASIR...

Anda mungkin pernah mengalami rasa tidak selesa di dubur..
.rasa benjolan
 dan mungkin najis keluar bersama darah...

Apakah Buasir?


Antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang boleh mendapat masalah buasir
·        Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

 ·        Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.
keadan benjolan buasir


·        masalah sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadibuasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

·        Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.
·        Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini


Atasi masalah buasir anda segera sebelum parah  … dapatkan produk Shaklee hari ini …dan rasai keberkesanannya,,,pelaburan yang berbaloi untuk kesihatan anda!!
 

No comments:

Post a Comment